'Bunga clay' masih baru di Malaysia dan ini percubaan saya untuk memperkenalkan seni kraftangan serta mengharapkan sambutan daripada peminat kraf di negara kita. Hasil seni saya adalah inspirasi bunga semulajadi, seperti mana kegemaran saya; landskap dan bunga-bungaan.
Setiap kelopak bunga dibentuk menggunakan sejenis 'air-dry-clay' khas untuk membuat bunga. Hasilnya adalah seperti bunga 'sugar paste' tetapi bila kering sangat tahan lasak serta tahan sepanjang hayat jika betul penjagaannya. Istimewanya 'bunga clay' ialah ia takkan layu malah kelihatan seperti bunga segar.

Thursday, March 8, 2012

Bouquet farah izean

Penghargaan kepada farah izean. Bunga tangan ini digunakan pada majlis akad nikah. Baju warna biru lembut dan dia mahukan sesuatu yang kontras. Jadi bunga tangan terdiri daripada warna-warna ceria oren dan pink.

Bunga hantaran Ina

Penghargaan kepada Ina. Hantaran konsep warna pink. Jadi bunga peony serta bunga-bungaan kecil cherry blossom akan menghiasi hantaran.







Saturday, March 3, 2012

Bouquet izyan

Tema ungu dan putih, menggunakan bunga ros ungu, gardenia putih serta orkid ungu.






Thursday, March 1, 2012

Roses Clay for Vip Guests

Penghargaan kepada Suhana kerana menempah bunga ros untuk tetamu diraja...





Pasu hiasan meja bunga ros ungu & orkid

Hiasan meja ni permintaan drpd adik saya untuk dihadiahkan kpd teman2 sebagai tanda ingatan...
Jadi saya buatkan gubahan bunga ros dengan bunga orkid, diletakkan dalam pasu kecil.
Comel sebagai hiasan atas meja pejabat mahupun ruang kecil.
Tinggi gubahan 15cm x diameter 7cm. Bunga-bungaan & warna boleh request.
Untuk tempahan boleh hubungi saya






Sunday, January 8, 2012

Bunga tangan Shida

 Penghargaan kepada Shida yang menempah bunga tangan clay.  Baju pengantin warna hot pink, jadi bunga tangan dia memilih warna putih krim digabungkan dengan bunga-bungaan warna pink.


Disertakan dengan kristal-kristal pink di bawah




Bunga ros pink, bunga stephanotis putih, hydrangea pink




Peoni warna krim

Monday, December 12, 2011

Hantaran Farah Izean

Penghargaan kepada Farah Izean. Dia menempah bunga hantaran sebanyak 9 pcs. Request bunga hantaran diikat dalam bentuk sejambak , tema ungu riben warna ungu gelap. Mudah diletakkan pada hantaran.